Wanita bersama lima anak dilaporkan hilang

Enam sekeluarga dilaporkan hilang sejak Isnin lalu – Polis Bentong

BENTONG, 1 April – Polis memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang wanita bersama lima anaknya yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, di sini sejak Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suami membuat laporan kehilangan pada 30 Mac, kira-kira 7.34 malam.
  • M Rekha (41) dan lima anaknya: S Ruban 19, Sharivina 17, Shasini 16, Pritivi 14, Lashwin 4; terakhir dilihat di Taman Orkid.
  • Orang ramai diminta tampil ke balai polis atau hubungi Pusat Kawalan IPD Bentong di 09-2231999.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan enam beranak itu daripada suami wanita tersebut.

Lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan berkenaan pada 7.34 malam hari pada 30 Mac lalu.

Zaiham berkata, wanita tersebut, M Rekha, 41, bersama anaknya S Ruban, 19; S Sharivina Nair, 17; S Shasini Nair, 16; S Pritivi, 14 dan S Lashwin Nair yang berusia empat tahun, kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar – Polis Bentong

“Pengadu dapati pada 30 Mac 2026, lebih kurang pukul 6.30 pagi kesemua mangsa (orang hilang) tiada di rumah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu-individu tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999.