
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Yang Dipertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri sesi ramah mesra bersama 395 peserta Perkhemahan Alam 2026 Peringkat Kebangsaan di Planetarium Negara di sini, hari ini.
- Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tentang sains, teknologi dan astronomi melalui lawatan galeri serta tayangan khas.
- Didedahkan ilmu berkaitan penerokaan angkasa lepas, astronomi dan inovasi sains melalui aktiviti interaktif untuk memupuk minat belia terhadap STEM.
- Memperkukuh kerjasama antara PPIM dan pihak planetarium untuk melahirkan lebih ramai generasi muda berminat menceburi bidang sains dan teknologi.
Program itu memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap bidang sains, teknologi dan astronomi menerusi lawatan ke Galeri Pameran Planetarium Negara serta tayangan khas di Teater Angkasa.
Peserta turut didedahkan ilmu berkaitan penerokaan angkasa lepas, astronomi dan inovasi sains melalui pelbagai aktiviti interaktif yang bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Selain itu, ia turut memperkukuh kerjasama antara PPIM dan Planetarium Negara dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi muda yang berminat menceburi bidang sains dan teknologi.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ruziah Shafei serta Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor.