SINTOK, 5 Mac- Prihatin dengan tragedi banjir yang menimpa penduduk di Kelantan dan Terengganu, seramai 45 sukarelawan daripada Universiti Utara Malaysia, UUM menyertai Misi Bantuan Banjir ke negeri berkenaan.
Ke semua mereka akan berada di kedua-dua negeri tersebut selama tiga hari bermula hari ini.
Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, sebuah bas, sebuah van dan sebuah pacuan empat roda digunakan dalam misi tersebut.
(Sebahagian sukarelawan UUM yang menyertai Misi Bantuan Banjir ke Kelantan dan Terengganu)
Selain menghulurkan bantuan, peserta misi juga turut membawa peralatan bagi membersihkan beberapa rumah penduduk terjejas akibat dipenuhi lumpur.
Dr. Kamarul Azman berkata demikian selepas melepaskan peserta misi bantuan banjir UUM ke Pantai Timur di Sintok, pagi tadi.
Banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu baru-baru ini menyebabkan puluhan ribu penduduk terjejas selain menyebabkan banyak kerosakan harta benda, rumah kediaman dan kemudahan awam.