fb fb fb fb fb

Usahawan diajak bina jenama bersama RTM

LANGKAWI, 16 Oktober - Masyarakat terutama penduduk di Langkawi diseru membina jenama mereka bersama-sama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Haji Che Roslan Che Daud berkata, RTM sedia membantu usahawan di sini, untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Menurut beliau, dengan memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan RTM ia akan meningkatkan lagi pendapatan usahawan, terutama bagi peniaga yang terjejas akibat pendamik COVID-19.

(Che Roslan ketika sesi temu bual “EksklusifBersama” di LANGKAWIfm, di sini)

Oleh itu, para usahawan boleh hubungi semua stesen radio RTM diseluruh negara.

Dikesempatan itu, beliau turut beramah mesra bersama-samawarga kerja Radio Malaysia LANGKAWIfm dan turut melawat projek bangunan baharu RTM Langkawi.

Media Baharu