fb fb fb fb fb

Usaha tingkat promosi pelancongan domestik dipergiat

(Nancy Shukri)

SHAH ALAM, 4 Jun- Usaha meningkatkan promosi pelancongan domestik terus dipergiat.

Antaranya menerusi pengiklanan di badan pesawat serta Kempen #GoJalanLah bermula 1 Jun lalu hingga 31 Mei tahun depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata menerusi kempen ini, bahagian depan badan pesawat Firefly akan dihiasi dengan logo Cuti-Cuti Malaysia.

Ini bagi menggalakkan rakyat untuk melancong di dalam negara.

"Turut dipaparkan di dalam pesawat ialah visual kreatif produk-produk pelancongan menarik berserta logo sambutan ulang tahun ke-50 Tourism Malaysia," katanya ketika merasmikan pelancaran pengiklanan badan pesawat berkenaan di SkyPark RAC Bukit Jelutong, di sini hari ini.

(Nancy merasmikan pelancaran pengiklanan di badan pesawat serta
Kempen #GoJalanLah di Shah Alam hari ini)

Nancy berkata, kerjasama pintar yang dijalinkan oleh Tourism Malaysia dengan syarikat penerbangan Firefly merupakan salah satu inisiatif bagi merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Malah, pihak kementerian turut mengalu-alukan usaha Firefly melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak.

"Langkah tersebut diharap dapat menggalakkan lebih banyak penerbangan dua hala yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia khususnya dari Wilayah Utara.

Promosi Kempen #GoJalanLah menawarkan diskaun sehingga 35% bagi tiket penerbangan, hotel penginapan dan pelbagai pakej percutian.

Media Baharu