Usaha pelihara sejarah, warisan kesultanan Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 19 Oktober – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku Menjulang Takhta: 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, sampul surat hari pertama, setem khas serta syiling khas sempena Jubli Perak pemerintahan baginda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerbitan buku merakam sejarah pemerintahan dan memelihara warisan serta identiti Kesultanan Selangor untuk tatapan generasi akan datang.
  • Naskhah menampilkan imej Balairung Seri, Istana Alam Shah, Tengkolok Balung Raja, Keris Terapang Gabus, motif geometri dan Bunga Tanjung berelopak sembilan.
  • Kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Pos Malaysia menghasilkan naskhah serta setem khas bagi memartabat dan memelihara warisan diraja Selangor.

Majlis berlangsung di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam, dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ketika berucap pada majlis itu, Datuk Seri Amirudin berkata, penerbitan buku berkenaan merupakan usaha bermakna dalam merakam sejarah pemerintahan Sultan Selangor, selain memelihara warisan dan identiti Kesultanan Selangor untuk tatapan generasi akan datang.

“Penerbitan buku Menjulang Takhta: 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor merupakan usaha bermakna untuk merakam sejarah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sekali gus mengabadikan warisan dan identiti Kesultanan Selangor untuk tatapan generasi akan datang.

“Antara imej yang ditampilkan ialah Balairung Seri, Istana Alam Shah, Tengkolok Balung Raja dan Keris Terapang Gabus, selain motif geometri serta Bunga Tanjung berelopak sembilan yang melambangkan keagungan institusi diraja,” katanya.

Datuk Seri Amirudin berkata, penerbitan buku berkenaan direalisasikan menerusi kerjasama Universiti Putra Malaysia bagi menghasilkan naskhah yang menjadi khazanah ilmu dan warisan negeri.

Sementara itu, setem khas yang dilancarkan turut menampilkan elemen warisan dan kebesaran Diraja Selangor, antaranya imej Balairung Seri, Istana Alam Shah, Tengkolok Balung Raja serta Keris Terapang Gabus.

Kerjasama Pos Malaysia Berhad dalam penghasilan setem khas itu mencerminkan usaha berterusan untuk memelihara dan memartabatkan sejarah serta warisan Kesultanan Selangor agar terus dihargai oleh generasi akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.