fb fb fb fb fb

Usaha berterusan, kerjasama strategik untuk membina masyarakat sihat

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Francis Paul

LABUAN, 10 Disember - Membina masyarakat yang sihat memerlukan usaha berterusan serta kerjasama kukuh daripada pelbagai pihak.

Untuk mencapai agenda tersebut, rakan strategik turut memainkan peranan penting dalam menjayakan pendekatan 'Whole of Government, Whole of Society' di Labuan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Francis Paul berkata, kolaborasi yang utuh akan melahirkan komuniti yang lebih kuat, sihat dan berdaya saing.
 
Tambah beliau, sumbangan tenaga, idea, kepakaran, ruang dan gerak kerja memberikan impak besar, khususnya kepada kesejahteraan masyarakat di pulau tersebut.

Beliau menekankan bahawa setiap setiap pihak memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku sihat, mewujudkan persekitaran yang kondusif dan membina komuniti yang lebih sejahtera.
 
Jabatan Kesihatan Labuan akan terus komited memperkukuh jaringan kerjasama sebagai rakan strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik dan Media, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Labuan di Dewan Sri Labuan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan.
 
Majlis itu dihadiri ketua-ketua jabatan, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat serta penggiat media di sini.

ROSLINA BINTI DIN