fb fb fb fb fb

UPSI hasrat jalin kerjasama dengan Proton

(Prof Md Amin dan Dr Mohd Azlan (kiri) melihat enjin yang bakal diterima UPSI)

TANJUNG MALIM, 8 Oktober- Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) merancang untuk untuk menjalin kerjasama dengan Proton.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, ia bagi institusi pendidikan itu memanfaatkan kepakaran Proton untuk diaplikasi dalam pembelajaran di kampus selain menyemarakkan lagi industri automotif di Daerah Muallim

"Kami akan aturkan lawatan kakitangan pengurusan Proton Group ke UPSI untuk meneroka potensi kerjasama masa hadapan yang lebih meluas," katanya.

Terdahulu, UPSI hari ini menerima sumbangan sebuah enjin Proton X70 daripada Proton Group untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Ia bersempena dengan sambutan ulang tahun Proton ke-40.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata 'mock card' tajaan enjin Proton X70 berkenaan diterima pada majlis program Fun Ride 2023 yang diadakan di Stadium Proton, Kompleks Sukan Proton, Proton City.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ali Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Dewan Undangan Behrang, Salina Samsudin.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Proton Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Group, Dr Li ChunRong atas tajaan enjin itu," kata Prof Md Amin.

Sementara itu Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Dr Mohd Azlan Mohammad Husain berkata, enjin yang disumbangkan tersebut akan digunakan oleh pelajar FTV semasa mengikuti kelas .

Menurut beliau ia bakal dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran pelajar-pelajar FTV bagi membolehkan mereka mempelajari sistem dan teknologi terkini kereta-kereta keluaran Proton.

"Enjin X70 itu akan digunakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rekabentuk dan Teknologi serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rekacipta,"kata Dr Mohd Azlan.


(Prof Md Amin menerima 'mock card' yang disampaikan oleh Chang Lih Kang sebagai simbolik
penajaan oleh Proton Group sambil disaksikanĀ  Dr Li ChunRong (kiri) dan Salina Samsudin)

Media Baharu