fb fb fb fb fb

UPKK: Ujian Sirah dilaksana 24 Januari

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA, 17 Januari- Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran Sirah akan berlangsung pada 24 Januari ini.

Ia susulan kenyataan awal JAKIM tentang penetapan penjadualan semula ujian UPKK iaitu pada 23 Januari disekalikan dengan ujian Lughah al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap kemampuan anak-anak mereka melalui dua ujian dalam masa satu hari.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK secara tidak sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.

Susulan itu, JAKIM telah membuat keputusan segera dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangguhan mata pelajaran itu.

"Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung bermula 16 Januari 2024", katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mendoakan agar semua calon UPKK mendapat kejayaan yang cemerlang.

ROSLINA BINTI DIN