fb fb fb fb fb

UMNO tumpu 2 perkara utama menjelang PRU16

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- UMNO memberi perhatian kepada dua perkara utama dalam memperkukuh parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pesiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara fokus utama adalah seperti pemerkasaan agenda ekonomi bumiputera dan menstrukturkan semula jentera parti.

"Pemerkasaan agenda ekonomi bumiputera dan juga tentang pemerkasaan kepada UMNO untuk pertamanya di dalam strukturkan semula jentera parti khususnya untuk menghadapi PRU akan datang walaupun ia (PRU) jauh tetapi persiapan harus dibuat sekarang.

"Paling penting ialah rasa kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO ini bangkit dalam nada yang berbeda, semangat dalam situasi yang telah berubah dan pemangkinnya apabila tentunya kemenangan di Neggiri," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Akhir Pertandingan Pidato Piala Datuk Nurul Amal di sini.

Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang bakal menjadi platform penting untuk memperkukuhkan agenda tersebut.

Perhimpunan tahun ini juga penting bagi mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan ahli daripada akar umbi parti agar lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau menghormati kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang melahirkan rasa tidak setuju dan kecewa terhadap tindakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semasa menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

"Yang telah membangkitkan isu berkenaan, mungkin orang itu tidak dapat menerima hakikat bahawa titah untuk menyatukan Kerajaan Perpaduan adalah dengan niat tuanku ketika itu bagi menyatupadukan semua parti gabungan agar tidak lagi berlaku ketidakstabilan di dalam politik tanah air," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM