fb fb fb fb fb

UMNO tidak pernah halang ahli keluar parti- Tok Mat

imbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto BERNAMA

SEREMBAN, 21 Disember- UMNO tidak pernah menghalang mana-mana ahli dan pemimpin yang membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, tindakan pemimpin keluar dan masuk ke dalam parti itu merupakan perkara biasa dalam politik.

"Itu terpulang pada tuan punya diri. Kalau tuan punya diri rasakan bahawa UMNO tidak lagi punya tempat untuk dia, terpulang pada dia.

"Kita tidak menyekat orang untuk pergi mana-mana. kita tidak menyekat ahli. "Ini bukan  pertama kali pemimpin UMNO keluar parti perkara biasa, orang pergi, orang masuk biasa", katanya demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pertandingan E-Sport (MLBB) Piala Tok Mat, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung penyertaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengambil ahli daripada parti komponen lain bagi mengelak perpecahan dalam gabungan itu.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Kompaun tersebut dibayar sehari selepas menerima notis daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban.

Terdahulu, tular gambar Timbalan Presiden UMNO itu memegang sebatang rokok ketika duduk bersama sekumpulan lelaki di premis awam dipercayai sebuah restoran.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD