Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

KUALA LUMPUR, 19 Mac– Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, membuat pengumuman rasmi berhubung sambutan Aidilfitri.
  • Pengisytiharan dibuat bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Raja-Raja.
  • Pengumuman disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada 19 Februari 2026.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 21 Mac 2026,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Terdahulu, umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada 19 Februari 2026.