fb fb fb fb fb

Ujian siren amaran tsunami di Bagan Datuk

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Jabatan Laut Wilayah Utara, Bagan Datuk, Perak pada pukul 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi Facebook rasmi menasihatkan penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren berkenaan.

Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan.

(Siren Amaran Awal Tsunami/-Foto fail)

Media Baharu