fb fb fb fb fb

Tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen Sarawak, Sabah masih dalam peringkat perundangan

Foto RTM

KUCHING, 10 November- Proses tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mewakili Sabah dan Sarawak kini di peringkat perundangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perbincangan masih dilakukan melibatkan tiga badan perundangan tertinggi negara termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Peguam Negeri Sarawak dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan persempadanan semula tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.

"Saya berasakan ia tidak sempat kerana banyak prosedur yang perlu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia perlu diwartakan kemudiannya dibawa ke Parlimen bagi tujuan pindaan", katanya demikian kepada media selepas Program Lan Berambeh Petra Jaya sempena Takaful Masuk Kampung Samariang Batu di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD