fb fb fb fb fb

Tun Abdul Taib dirawat di rumah- Premier Sarawak

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas menghadiri Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di Kuching

KUCHING, 7 Februari- Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sedang menjalani rawatan di kediaman beliau di Demak Jaya.

Perkara itu disahkan Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Masih dalam rawatan, saya belum terima laporan terkini. Ada jururawat dan doktor daripada Pusat Pakar Perubatan Normah di sana (rumah Tun Abdul Taib),"katanya.

Bagaimanapun, beliau sendiri masih belum menemui Tun Abdul Taib setakat ini.

Beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di Kuching hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE