Tular : Program libatkan penceramah bebas, dihentikan serta-merta

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 1 Oktober – Semua program di sekolah yang melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa berkelakuan tidak wajar, diarah dihentikan serta-merta bagi memberi ruang siasatan penuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dakwaan tular dianggap serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid.
  • Menteri arah kementerian dapatkan maklumat lanjut dan beri ruang siasatan penuh.
  • Orang ramai disaran tampil membuat laporan polis; keselamatan murid mesti dipandang serius tanpa kompromi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi kenyataan menegaskan keperluan itu dibuat susulan dakwaan yang tular di media sosial melibatkan penceramah berkenaan.

“Dakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid.

“Saya telah meminta Kementerian Pendidikan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat disaran tampil membuat laporan polis bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan serta sokongan yang sewajarnya,”katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan isu keselamatan murid di sekolah mesti dipandang serius dan tiada kompromi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.