fb fb fb fb fb

Tukang kebun terkejut jumpa mayat bayi dalam pam tandas

FOTO HIASAN

KUALA BERANG, 17 April- Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, Kuala Berang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Simpul Muhammad Mustaffa berkata mayat ditemukan pada pukul 7 malam oleh seorang lelaki yang juga merupakan tukang kebun ketika sedang mencuci tandas perempuan.

“Selepas membersihkan tandas, dia mengepam tandas dan ketika itu keluar cecair seakan darah yang berwarna merah pekat berserta dengan bau amat busuk.

“Lelaki berkenaan yang menyangkakan pam tandas tersumbat terus mencungkil tangki pam tandas itu dengan kayu dan kemudian terkeluar tangan bayi yang telah mereput,” katanya.

Terkejut dengan penemuan mayat bayi berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya segera menghubungi Muhammad Mustaffa sebelum mmemaklumkannya kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Zainul Mujahidin Mat Yudin mengesahkan penemuan terbabit dan memaklumkan bayi cukup sifat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum dijumpai.

Suspek terlibat masih dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE