fb fb fb fb fb

Tujuh PATI ditahan di hutan Bukit Kayu Hitam

Tujuh PATI warga Myanmar ditahan ATM

BUKIT KAYU HITAM, 11 November- Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di hutan sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam di Kedah kerana cuba memasuki negara di laluan haram tanpa dokumen sah, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan penahanan kesemua PATI warga Myanmar di sektor kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) itu ketika rondaan bermotosikal dilakukan.

"Dalam rondaan kira-kira pukul 10.00 malam itu, pihaknya mengesan kehadiran sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua tujuh orang awam tersebut berumur antara 17 hingga 40 tahun," katanya dalam kenyataan.

Pihaknya turut merampas tujuh buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, wang tunai dalam matawang Malaysia dan Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM 4,615.64. 

Kesemua PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA