fb fb fb fb fb

TUDM sahkan pesawat Hawk terlibat kemalangan di LTSAH

Foto Facebook TUDM

ALOR SETAR, 6 Mei - Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam kemalangan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Kepala Batas, petang tadi.

Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Di Raja Malaysia TUDM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pesawat itu mengalami masalah "Nose Landing Gear" semasa melakukan pendaratan di LTSAH kira-kira pukul 5.00 petang tadi.

"Pesawat tersebut terlibat dalam menjalani latihan "Opening Gambit" untuk acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa  Langakwi 2025 LIMA 25," menurut kenyataan itu.

Juruterbang pesawat dilaporlan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal psti punca kejadian dengan lebih terperinci.

Sementara itu, LTSAH ditutup sementara berikutan insiden berkenaan.

Malaysia Airports dalam kenyataannya memaklumkan penutupan landasan tersebut bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan.
 
Kenyataan itu berkata, satu notis kepada juruterbang NOTAM telah dikeluarkan dan penutupan berlanjutan hingga pukul 10.30 malam tadi.
 
Sepanjang tempoh itu, semua operasi penerbangan di  LTSAH akan terjejas.
 
Pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

TETITIA YUSOFF