fb fb fb fb fb

Tubuh sihat, ibadah haji mudah disempurnakan

SEPANG, 6 JUN - Bakal jemaah haji dinasihatkan supaya menjaga kesihatan diri sebaik-baiknya sebelum berlepas menunaikan haji.

Pengarah Operasi Stesyen KLIA Sepang, Khairoddin Ahmad berkata ia bagi memastikan ibadah haji dapat dilakukan dengan sempurna.

"Dalam keadaan sekarang ini, kesihatan perlulah menjadi keutamaan kepada bakal haji untuk pergi menunaikan haji ini. Dan masa melapor diri pastikan suasana atau pun kesihatan bakal haji perlu dipertingkatkan. Pada masa sama juga laporan PCR negatif sebagai satu akses untuk pergerakan ke tanah suci.

(Khairoddin ketika bercakap kepada media)

"Dan diambil kira sebagai satu pelepasan kepada bakal haji sendiri. Dan untuk makluman bakal haji juga perlu memastikan laporan PCR negatif tersebut, dan sila pastikan laporan pcr negatif tersebut mengandungi tarikh dan juga masa diambil sampel tersebut,"kata Khairoddin di sini.

Tambah beliau, bakal jemaah haji turut diingatkan untuk tidak membawa barangan larangan ketika menaiki pesawat terutamanya barangan tajam dan barangan yang mudah terbakar.

Waris juga dinasihatkan supaya menyemak semula bagasi bagi memudahkan proses pelepasan jemaah haji dan berjalan lancar.

Hari ini dianggarkan seramai 582 bakal jemaah haji yang terdiri daripda kumpulan 4 dan 5 dijadual berlepas pada tengahari dan malam ini.

Media Baharu