fb fb fb fb fb

TRAXXfm agih lebih 300 Jalur Gemilang di laluan selatan KTMB

JOHOR BAHRU, 24 Ogos- Lebih 300 Jalur Gemilang diagihkan oleh TRAXXfm menerusi Program ‘Fly The Jalur Gemilang’ di sepanjang laluan selatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu KL Sentral-Gemas-JB Sentral,

Jalur Gemilang diagihkan personaliti radio RTM dari stesen TRAXXfm, NASIONALfm, MINNALfm, Aifm, Radio Klasik, JOHORfm dan KLfm.

Personaliti radio RTM menaiki kereta api dari KL Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan pada 12.19 tengah hari, sebelum meneruskan perjalanan ke JB Sentral pada 3.20 petang dan tiba pada 7.45 malam.

Pengurus TRAXXfm, Tan Lee Woon berkata, selain menyemarakkan semangat patriotik pada Bulan Kebangsaan, program juga bertujuan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia.


(Pengurus TRAXXfm, Tan Lee Woon)

Selain itu, program tersebut juga menunjukkan komitmen RTM bagi merapatkan hubungan badan penyiaran awam dengan masyarakat.

"Program ini bagi menyemarakkan semangat patriotik dan uniti dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda supaya mereka lebih menghayati makna kemerdekaan negara kita", katanya.

Program ini juga akan diteruskan ke Laluan Utara melibatkan KL Sentral ke Stesen Kereta Api Padang Besar pada 25 Ogos.

Kira-kira 650 Jalur Gemilang disasarkan diagih kepada orang awam di kedua-dua laluan tersebut.

Media Baharu