fb fb fb fb fb

Tranformasi kesihatan digital pastikan setiap individu miliki satu rekod kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 26 Januari- Tranformasi kesihatan digital secara menyeluruh yang sedang dilaksana tahun ini bakal memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan satu individu untuk satu rekod, bakal mempertingkatkan lagi kecekapan fasiliti kesihatan di semua peringkat.

“Inilah congak-congaknya apa yang akan terhasil, empat atau lima tahun ini dimana itulah ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia yang diperkasa.

"Dengan memperkasa Electronic Medical Records (EMR) atau LHR (Lifetime Health Record), kita dapat saksikan seluruh negara dapat dihubungkan", katanya kepada media selepas menyampaikan Amanat tahun baharu Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Tambahnya, Bahagian Kesihatan Digital Kementerian Kesihatan juga bakal ditubuhkan dalam usaha melancarkan lagi usaha transformasi kesihatan digital, ketika ini.

ROSLINA BINTI DIN