fb fb fb fb fb

TPM Fadillah lancar koperasi GPMP

Datuk Seri Fadillah merasmikan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen.

KUALA LUMPUR, 1 Julai-  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini merasmikan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen.

Pelancaran koperasi berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

SKM dalam kenyataan memaklumkan penubuhan koperasi itu menyasarkan keahlian 300 ahli aktif Persatuan Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Penubuhan (ROS).

Menurutnya, koperasi GPMP menetapkan lapan jenis aktiviti perkhidmatan sebagai aktiviti utama koperasi termasuk khidmat sewa kenderaan dan pembekalan makanan dan minuman bagi merancakkan sosioekonomi ahli.

Pada majlis itu, turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara GPMP dengan anggotanya yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan bekalan dan makanan, sebagai langkah permulaan untuk koperasi itu memulakan aktiviti perkhidmatan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI