UZBEKISTAN, 22 Jun - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Samarkand bagi menghadiri Forum Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa Bersatu 2025.
Ketibaan beliau di Stesen Keretapi Laju Afosiyob disambut Timbalan Gabernor Wilayah Samarkand, Rustam Kobilov dan Timbalan Menteri Tenaga Uzbekistan, Umid Mamadaminov.
Datuk Seri Fadillah dijadual menyampaikan ucaptama pada forum berkenaan bagi berkongsi mengenai pengalaman Malaysia dalam transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Forum Perkhidmatan Awam PBB 2025 berlangsung di Samarkand pada 23 hingga 25 Jun itu, menghimpunkan penjawat awam dari seluruh dunia dengan membawa tema "Lima tahun sehingga 2030: Mempercepatkan penyampaian perkhidmatan awam untuk masa depan yang mampan".