fb fb fb fb fb

To Lam berlepas pulang

Foto RTM

SEPANG, 23 November-Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini. 

To Lam diberikan sambutan permaidani merah bagi upacara berlepas pulang, dengan kawalan kehormatan setempat yang dibarisi oleh dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Khairul Azmi Jamingon. 

Pesawat khas yang membawa To Lam dan delegasinya berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 12:50 tengah hari.

Turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada To Lam ialah Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. 

Terdahulu To Lam dalam lawatan selama tiga hari telah menyaksikan perjumpaan mesyuarat bilateral serta beberapa memorandum persefahaman. 

Pada 2023, Vietnam merupakan rakan dagang ke-11 terbesar Malaysia, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM80 bilion.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD