fb fb fb fb fb

TMM2024: Cabutan bertuah tawar hadiah kereta, motosikal

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/Foto fail

AYER KEROH, 25 Januari- Semua yang berkunjung ke Melaka berpeluang memenangi cabutan bertuah walaupun tidak menginap di mana-mana hotel di negeri itu seperti disyaratkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia tertakluk kepada terma dan syarat yang akan diumumkan bulan depan.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak lapan buah kereta pelbagai jenama dan 10 motosikal diterima kerajaan negeri untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa.

"Kali ini kita buka kepada semua orang, kaedahnya saya akan umumkan, sesiapa saja yang datang ke Melaka ada syarat dan syarat penyertaan. Semua orang layak, berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah, datang bersama, lagi ramai datang lagi banyak peluang untuk menang, hadiah-hadiah menarik, 10 buah motosikal Y15 akan kita berikan kepada pengunjung dan pelancong yang datang, rakyat Melaka pun boleh, siapa pun boleh", katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Kerajaan Negeri menerima sumbangan hadiah cabutan bertuah berupa dua buah kereta di Perkarangan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Dalam pada itu katanya, Melaka menerima pertambahan jumlah kenderaan masuk ke negeri itu dari 30,000 kepada 60,000 kenderaan setiap hari pada hujung minggu selepas TMM2024 dilancarkan.

ROSLINA BINTI DIN