PUTRAJAYA, 7 November - Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM30 hingga RM40 juta untuk penjawat awam muda menjalani latihan dan kursus khas dalam bidang teknologi baharu.
Ini meliputi bidang kecergasan buatan (AI) dan transisi tenaga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah tersebut antara usaha bagi meningkatkan keupayaan penjawat awam sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada syarikat swasta dalam bidang teknologi.
"Untuk bidang seperti AI, transformasi digital harus segera hantar peringkat lebih muda keluar negara sama ada syarikat-syarikat, universti-universiti utama. Saya beri jaminan bahawa peruntukan diberikan dan mengenal pasti dalam semua bidang," katanya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023, di sini.