fb fb fb fb fb

Tingkat kawalan sempadan, 134 pangkalan haram di Rantau Panjang-Sungai Golok ditutup

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 134 pangkalan haram di kawasan sempadan yang berisiko tinggi di Rantau Panjang-Sungai Golok ditutup.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq juga dikerahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan.

"Kita cuma perlu pastikan kewujudan semua anggota kita mencukupi. Kemudian memastikan kelancaran dari segi mobiliti orang, pada musim puncak seperti ini kerana bilangannya meningkat, kedua adalah keselamatan samudera.

"Saya baharu sahaja pada minggu pertama Ramadan melancarkan Op Pagar Laut yang itu melibatkan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), mereka akan mengawasi 24 jam, ancaman seperti kemasukan pendatang haram", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

 

ROSLINA BINTI DIN