fb fb fb fb fb

Tindakan kolektif perlu disegerakan untuk hadapi ancaman perubahan iklim


SHAH ALAM, 21 Januari - Tindakan kolektif untuk menangani ancaman perubahan iklim perlu dilakukan segera dengan menjadikan musibah banjir baru-baru ini sebagai iktibar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini termasuk memastikan pengurangan sisa plastik yang mencecah 1.1 juta setiap tahun di negara ini.

Kerajaan meletakkan sasaran 'plastik sekali guna' sifar menerusi Rangka Kerja Pelestarian Plastik 2021-2030.

Ujarnya, usaha Malaysian Recycling Alliance (MAREA) yang menyasarkan untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah pembungkusan ahlinya menjelang 2025 perlu dicontohi.

"MAREA merupakan salah satu contoh terbaik dalam usaha sama ke arah pelestarian alam sekitar dengan memanfaatkan kepakaran, pengetahuan dan mobiliti sumber semua pihak yang terlibat.

"Kementerian amat berharap agar inisiatif MAREA memberikan inspirasi kepada pemain industri yang lain untuk merintis ke hadapan mencapai misi yang sama," katanya selepas majlis ulang tahun pertama penubuhan MAREA yang dianggotai 10 syarikat pengeluar jenama makanan dan minuman, di sini.

Antara objektif penubuhan MAREA ialah menggalakkan kadar pengasingan, kutipan dan kitar semula lebih tinggi di negara ini.

Media Baharu