fb fb fb fb fb

Tindakan disiplin dikenakan jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya - PM

Datuk Seri Anwar ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata ia merupakan keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.

"Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa iaitu membanteras rasuah, budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum hari penamaan calon sesuatu pilihan raya saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.

"Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI