Timbalan Pengarah KDNKA PGA iringi jenazah Inspektor Khairil Azhar

Foto Facebook Pasukan Gerakan Am (PGA)

KUALA LUMPUR, 23 Januari – Penerbangan membawa jenazah pegawai Unit VAT 69 Komando Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, dijangka tiba di Ipoh, Perak, petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Pengarah KDNKA PGA, DCP Mohamad Suzrin, mengiringi penghantaran jenazah di Lapangan Terbang Tawau.
  • Jenazah diterbangkan menggunakan pesawat TUDM C130 ke Lapangan Terbang Ipoh untuk disolatkan.
  • Beberapa pegawai kanan PGA dan PDRM hadir termasuk Komander Briged Sabah dan Penolong Pengarah Pengoperasian.
  • Allahyarham Pegawai Kanan 69 Komando dilaporkan meninggal dunia ketika latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna.

Pasukan Gerakan Am menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pasukan Gerakan Am (PGA), DCP Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi mengiringi penghantaran pulang jenazah di Lapangan Terbang Tawau, Sabah, hari ini.

“Allahyarham diterbangkan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis C130 menuju ke Lapangan Terbang Ipoh, Perak sebelum dibawa ke 69 Komando Pasukan Gerakan Khas untuk disolatkan dan sebelum dikebumikan,” menurut hantaran itu.

Turut hadir, Komander Briged Sabah PGA, SAC Nor Omar Sappi; Penolong Pengarah Pengoperasian PGA, ACP Rizal Mohamed; serta beberapa pegawai kanan dan rendah polis PDRM.

Allahyarham merupakan Pegawai Kanan Polis 69 Komando Pasukan Gerakan Khas dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pos Gabungan PDRM-ATM Pulau Mataking, Semporna, Sabah.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan