fb fb fb fb fb

Tiga wakil parti, JPKKP buat laporan polis terhadap Wan Ahmad Fayhsal

Laporan dibuat hari ini oleh tiga parti politik dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi menuntut polis mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Faysal, susulan kenyataan tidak bertanggungjawab.

MACHANG, 2 Julai- Empat laporan polis dibuat terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana didakwa memfitnah berhubung isu peruntukan dilencongkan.

Laporan dibuat hari ini oleh tiga parti politik dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi menuntut polis mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Faysal, susulan kenyataan tidak bertanggungjawab.

Naib Ketua Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaruddin Ismail berkata laporan dibuat bagi membersihkan imej mereka yang didakwa menjadi mangsa fitnah.
 
"Kami menafikan sepenuh - penuhnya, sekeras - kerasnya bahawasanya peruntukan itu dapat kepada parti - parti kami di parlimen Machang. Sepatutnya beliau mengambil fakta, setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh beliau merupakan fitnah semata - mata.

"Justeru, kita menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen Machang," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

Mengulas lanjut, Mohd Fakaruddin berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen, Wan Ahmad Faysal tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa usul periksa.

Semalam media melaporkan, Wan Ahmad Fayshal mendakwa peruntukan yang sepatutnya mereka terima sebagai wakil rakyat sudah dilencongkan.

Katanya, peruntukan berkenaan dilencongkan dengan menyalurkannya kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI