fb fb fb fb fb

Tiga sekeluarga didakawa dua pertuduhan berkaitan dadah

JOHOR BAHRU, 19 Januari- Tiga sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, 10 Januari lalu.

Tertuduh, S. Avinash Anantha, 33, dan isterinya, K. Elengkeswary 32, serta adiknya, S. Rajiv Anantha, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret R. Salini.

Tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pertuduhan pertama, semua tertuduh secara bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 23,810 gram di sebuah rumah di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, pada pukul 12.30 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka secara bersama didakwa memiliki 171 gram ketamine di lokasi dan pada masa sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nur Aina Shakira Muhammad Syafiq Sim manakala semua tertuduh diwakili peguam, Datin Freda Josephine Gonzales.

Mahkamah menetapkan 15 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh.

(Tertuduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru)

 

Media Baharu