
PERAI, 19 Februari – Tiga rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Halaman Kikik, Taman Inderawasih, petang tadi, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
- Semua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.
- Kebakaran melibatkan kira-kira 1,200 kaki persegi setiap unit dengan kerosakan 10, 50 dan 40 peratus.
- Api dikawal pada 3.56 petang dan padam sepenuhnya sekitar 5.30 petang.
- Operasi melibatkan 17 anggota bersama BBP Butterworth dan pasukan bomba sukarela; punca masih disiasat.
Kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pasukan bomba.
Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 1,200 kaki persegi bagi setiap unit dengan anggaran kemusnahan masing-masing 10, 50 dan 40 peratus.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.23 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba tujuh minit kemudian.
Api berjaya dikawal pada pukul 3.56 petang dan dipadamkan sepenuhnya sekitar pukul 5.30 petang.
Operasi tamat pada pukul 5.48 petang melibatkan 17 anggota dengan bantuan BBP Butterworth serta Pasukan Bomba Sukarela berhampiran.
Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.