fb fb fb fb fb

Tiga rumah terbakar di Kuantan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Foto Ihsan JBPM

KUANTAN, 26 Ogos- Tiga rumah jenis teres dua tingkat di Taman Gaya, Kuantan terbakar dengan sebuah daripadanya musnah 80 peratus, dalam tragedi awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan Indera Mahkota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 pagi.

Menurutnya, salah sebuah teres berkeluasan 20x60 kaki persegi setiap satu unit itu hampir musnah dengan peratusan kebakaran 80 peratus manakala peratusan kebakaran rumah kedua dan ketiga kira-kira 20 peratus. 

Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

Katanya, pihak bomba menggunakan aliran hos dan aliran salur bantu mula air tangki pam jentera bomba bagi memadam kebakaran itu.

Jelasnya, kerja-kerja penyejukan turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang. 

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 6.54 pagi sebelum operasi ditamatkan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM