fb fb fb fb fb

'Tidak terjejas. Starlink beroperasi seperti biasa' - Fahmi

Peranti satelit Starlink

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Keputusan Tesla membatalkan pembukaan kilang di Malaysia tidak menjejaskan perkhidmatan satelit Starlink di negara ini, sebaliknya ia masih beroperasi seperti biasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Tesla dan SpaceX yang mengendalikan Starlink, milik jutawan Elon Musk merupakan dua syarikat yang berbeza.

"Tidak... ia syarikat berbeza. Starlink tetap beroperasi seperti biasa, mereka tidak terjejas," katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, Tesla membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia dan syarikat itu dijangka hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA