fb fb fb fb fb

Tidak hantar anak ke sekolah, ibu bapa GISB bakal dikenakan tindakan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek / Foto RTM

KLUANG, 13 September - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang gagal memberikan pendidikan wajib sekolah rendah kepada anak-anak mereka, termasuk ibu bapa kepada anak-anak asuhan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tindakan itu selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Pendidikan 1996.

“Saya ingin menegaskan bahawa Akta Pendidikan kita menekankan kepentingan pendidikan wajib di sekolah rendah, khususnya bagi warganegara Malaysia. Tindakan akan diambil di bawah undang-undang jika gagal menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Inspirasi Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara, di sini.

 

BERITA BERKAITAN:

 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN