fb fb fb fb fb

Tiada unsur jenayah kebakaran Flat Sri Sabah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Siasatan kebakaran Flat Sri Sabah di Cheras dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan kes kebakaran berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis jika terdapat unsur jenayah.

"Yang itu kita di bawah siasatan bomba. Setakat ini, kita tak nampak sebarang unsur jenayah, kalau ada unsur jenayah maka pihak bomba akan edar pada kitalah tapi setakat ini tiada," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, hasil siasatan forensik pihak JBPM mengesahkan kebakaran di lima unit Flat Sri Sabah disebabkan masalah elektrikal dan ia tertumpu pada 'distribution board'.

Artikel Berkaitan:
Pendawaian elektrik punca kebakaran di Flat Sri Sabah - JBPM KL
JBPM guna unit K9, siasat punca kebakaran Flat Sri Sabah

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM