fb fb fb fb fb

Tiada sebarang kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil - Hannah

Foto BERNAMA

BUKIT BARU, 25 November- Proses membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil tidak memerlukan sebarang kos susulan kerosakan permukaannya selepas konsert Coldplay, Rabu lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata terdapat tapak semaian (nursery) berdekatan stadium berkenaan yang mempunyai rumput jenis Zeon Zoysia dan boleh terus digantikan jika permukaan padang rosak.

"Jadi bila ada rawatan dan pembaikan (terhadap permukaan padang), ia tak melibatkan kos kerana tapak semaian itu telah wujud.

"Kerja-kerja baik pulih telah berjalan dan dijangka selesai sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada 8 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM