fb fb fb fb fb

Tiada penyelewengan wang zakat dalam MAIS

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

SHAH ALAM, 17 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan memastikan tiada penyelewengan wang zakat yang diserahkan kepada agensi agama bawah institusi itu kata Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pihaknya amat menitikberatkan amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi memastikan wang zakat diurus dengan baik.

Selain itu ia bagi memberi keyakinan kepada pembayar zakat nerkenaan pengurusan bayaran zakat tersebut diuruskan dengan baik tanpa ada penyelewengan. 

"Walaupun satu sen duit itu adalah duit MAIS sama ada sedekah, zakat, wakaf dan juga sumbangan-sumbangan lain kepada anak yatim kepada bencana alam supaya tiada penyelewengan.

"Sebelum ini ada laporan berkenaan satu majlis agama Islam memiliki wang zakat yang besar tetapi tidak dimasukkan ke dalam aklembaga zakat Selangor. Jadi kita tidak mahu perkara seperti itu terjadi dalam institusi agama seperti MAIS," katanya selepas majlis Perutusan Pengerusi MAIS 2024 dan majlis pelancarkan Pelan Anti Rasuah MAIS 2024-2026 di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI