Tiada kompromi terhadap penyelewengan jika dibuktikan RCI TH

Foto RTM

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan dan pecah amanah sekiranya ia terbukti menerusi laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Lembaga Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • Parti menegaskan tidak bertolak ansur terhadap unsur negatif yang melanggar prinsip tadbir urus.
  • BN dan UMNO mahu tindakan dikenakan jika individu atau pihak didapati melakukan penyelewengan atau pecah amanah.
  • Kenyataan disampaikan ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
  • Sidang khas pada 11 Ogos membahas dapatan RCI; laporan mencadangkan audit forensik terhadap keputusan pelaburan lalu.

Tambah beliau, parti itu tidak bertolak ansur dengan sebarang unsur negatif yang menyalahi prinsip tadbir urus dan tindakan sewajarnya perlu dikenakan terhadap individu atau pihak berkaitan sekiranya didapati terlibat.

“Pendirian BN dan UMNO jika benar ada individu atau pihak yang melakukan penyelewengan, pecah amanah dan kerja-kerja tadbir urus yang tidak selaras dengan tatakelola sesebuah organisasi kerajaan dan badan berkanun, maka tindakan perlu dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulan Ogos Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini.

Semalam, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan sesi persidangan khas bagi membahaskan dapatan laporan RCI terhadap Lembaga TH akan diadakan pada 11 Ogos ini.

Laporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.