JOHOR BAHRU, 24 November– Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF).
- Tiada isu persepsi negatif pembeli Eropah terhadap minyak sawit sebagai bahan utama SAF.
- UCO sebagai stok suapan utama SAF mendapat penarafan tinggi dan diterima di Eropah.
- MSPO memastikan setiap tan metrik sawit dihasilkan secara lestari, memberi keyakinan pasaran antarabangsa.
- Lawatan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi ke loji biopenapisan SAF pertama negara menegaskan sokongan kerajaan.
- Loji Ecoceres mempunyai kapasiti berlesen 350,000 metrik tan setahun dan telah mengeluarkan SAF pertama.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, minyak masak terpakai (UCO) yang menjadi stok suapan utama SAF misalnya, mendapat penarafan tinggi di Eropah dan diterima sebagai bahan mentah berkualiti.
“Malaysia juga mempunyai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang memastikan setiap tan metrik sawit dihasilkan secara lestari. Sekali gus memberi keyakinan kepada pasaran antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat loji biopenapisan SAF pertama negara, Ecoceres Renewable Fuels Sdn Bhd di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Loji ini mempunyai kapasiti berlesen 350 ribu metrik tan setahun, dengan pengeluaran pertama SAF dibuat bulan lalu.