fb fb fb fb fb

Tiada diskaun kesalahan lalu lintas - JPJ

Anthony Loke Siew Fook/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menawarkan diskaun bagi kesalahan lalu lintas sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Bagaimanapun kementerian itu sudah membatalkan lebih empat juta saman sistem penguatkuasaan automatik (AES) pada tahun 2018. Keputusan tersebut disambut baik orang ramai.

"Tetapi saya sudah beritahu ia adalah sekali bayar sahaja dan bukannya dijadikan sebagai kesinambungan.

"Agensi lain seperti Polid Diraja Malaysia (PDRM) mungkin ada pertimbangan lain, tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bawah Kementerian Pengangkutan ada portfolio dan ada tanggungjawab dalam isu keselamatan jalan raya. Jadi kita perlu beri satu mesej yang tegas," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Walaupun tiada diskaun bagi saman JPJ, pemberian 5,000 topi keledar keselamatan turut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Kementerian itu turut menambah 2,000 lagi topi keledar baharu menjadikan jumlah keseluruhan topi keledar sebanyak 5,000 unit sepanjang program tiga hari itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI