(Foto fail)
PETALING JAYA, 5 Ogos- Tiada sebarang data membuktikan penggunaan rangkaian perkhidmatan 5G boleh menyebabkan kanser.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kesan bahaya tersebut.
"Sampai sekarang ini kita tidak ada masalah kesihatan tidak ada laporan kesihatan yang mengatakan 5G memudaratkan kesihatan tidak ada. Jadi sebab itu kalaulah kita tidak buat di kawasan padat penduduk maka rakyat akan marah pada kita, ini permintaan cukup tinggi," kata Zahidi selepas majlis pelancaran filem 'The Lord Musang King' di sini.
Terdahulu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan, masih ada kebimbangan dalam kalangan pengguna jika kelajuan 5G mencapai 100 gigahertz (GHz) boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Oleh itu pihak PPIM mencadangkan agar pembinaan menara teknologi 5G jauh dari penempatan dan tidak lebih daripada 28 GHz.
(Datuk Zahidi Zainul Abidin selepas majlis pelancaran filem 'The Lord Musang King' di
Petaling Jaya)