Tiada bahan pencemar berbahaya dikesan akibat kebakaran kilang di Sengkang

Foto Facebook Jabatan Alam Sekitar

KULAI, 26 Februari -Tiada bahan pencemar berbahaya dikesan setakat ini susulan kebakaran sebuah kilang memproses getah di Kawasan Perindustrian Sengkang, di sini pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • JAS melaksanakan pemantauan berterusan kualiti udara dan air sungai selepas kebakaran kilang getah.
  • Tiga alat pengawasan dipasang di dua sekolah berhampiran untuk mengesan gas melebihi had dibenarkan.
  • Siasatan awal terhadap pengoperasian premis dijalankan bagi memastikan keselamatan awam dan alam sekitar.

Bacaan kualiti udara di sekitar tempat kejadian juga pada tahap tidak membimbangkan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pemantauan kualiti air sungai juga telah dilaksanakan.

Di samping, siasatan awal terhadap pengoperasian premis terlibat.

“Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang awam dan alam sekitar sentiasa terpelihara,” menurut hantaran itu.

Tiga alat pengawasan kualiti udara telah dipasang di dua buah sekolah berhampiran bagi mengukur serta mengenal pasti tahap kualiti udara dan kehadiran gas yang mungkin melebihi had dibenarkan.

Terdahulu, Pengarah JAS negeri, Dr Mohd Famey Yusoff bersama Timbalan Pengarah Kanan, Mohd Rashdan Topa serta Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd Rashidi meninjau lokasi kebakaran pada Rabu.