fb fb fb fb fb

Thaipusam di Seremban disambut sederhana



SEREMBAN, 18 Januari - Perayaan Thaipusam di Kuil Sri Balathandayuthapani disambut sederhana oleh masyarakat hindu di sini.

Ini merupakan tahun kedua sambutan Thaipussam di kuil terbesar di daerah itu, yang disambut pada skala kecil bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Menurut Presiden Kuil Kapten (B) Parameswaren Rengasamy Devan, sebelum ini kuil itu boleh menempatkan sehingga 2,000 penganut agama Hindu pada satu-satu masa.

Bagaimanapun dengan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) hanya sekitar 300 orang boleh berada di kuil berkenaan, dengan kawalan ketat daripada Ahli Jawatankuasa kuil dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Makanan tengahari tak disediakan, kerana kalau ada makanan tengahari mereka akan tunggu, jadi sebaik sahaja habis acara saya minta merek semua pulang. Kali ini tiada kabadi dan upacara besar-besaran,Mereka yang datang hanya dibenarkan memenuhi tuntutan perayaan tersebut dan bersurai selepas selesai. " kata Parameswaren di sini.

Tanda bagi penjarakan fizikal diletakkan disetiap sudut di dalam kuil, kod bar aplikasi MySejahtera juga disediakan beserta alat pengesan suhu.

Media Baharu