TH umum agihan keuntungan berjumlah RM3.22 bilion

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025 iaitu berjumlah RM3.22 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agihan meningkat berbanding 3.25 peratus tahun sebelumnya, memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.
  • Prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun sejak 2018, mencerminkan keberkesanan strategi pelaburan serta pengurusan kewangan TH yang berdisiplin.
  • TH melunaskan RM95.3 juta jumlah zakat bagi pihak pendeposit kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk tahun 2025.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, agihan itu meningkat berbanding 3.25 peratus pada tahun sebelumnya dan memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.

“Ini merupakan prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun sejak 2018, sekali gus mencerminkan keberkesanan strategi pelaburan serta pengurusan kewangan TH yang berdisiplin dan berhemah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Agihan Tabung Haji 2025 di ibu negara yang turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr.Zulkifli Hasan dan Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Dalam pada itu TH juga turut melunaskan RM95.3 juta jumlah zakat bagi pihak pendeposit kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi tahun 2025.