fb fb fb fb fb

Terengganu sambut baik peruntukan tambahan bagi negeri pembangkang

(Ahmad Samsuri Mokhtar)

MARANG, 30 Mac- Terengganu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan tambahan pada Belanjawan 2023 bagi negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu akan menerima kenaikan sehingga RM400.1 juta, berbanding sebanyak RM393.6 juta pada belanjawan sebelumnya.

Terengganu merupakan empat negeri pembangkang yang bakal menerima peruntukan tambahan berkenaan.

Sebelum ini, perdana menteri menyatakan perkara tersebut pada pembentangan Belanjawan 2023 bacaan kali kedua di Dewan Negara.

Ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya memilih untuk menekan negeri yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

(Anwar Ibrahim)

 

Media Baharu