Tender kompetitif pastikan kos projek pembinaan lebih terkawal

Industri pembinaan perlu memberi perhatian kepada keseimbangan antara kepantasan pelaksanaan projek, penggunaan teknologi, kos, kualiti bahan serta pemeliharaan alam sekitar

KUALA LUMPUR, 10 November – Kerajaan perlu mengekalkan persaingan dalam proses tender projek pembinaan bertujuan memastikan kos pelaksanaan lebih terkawal, sekali gus mengoptimumkan penggunaan wang awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengekalkan persaingan dalam proses tender bagi memastikan kos pelaksanaan terkawal dan penggunaan wang awam dioptimumkan.
  • Proses tender yang kompetitif serta telus adalah penting untuk memelihara prinsip tadbir urus baik.
  • Pentadbiran berlandaskan ketelusan dan tadbir urus membolehkan lebih banyak projek dilaksana tanpa membebankan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan proses tender yang kompetitif dan telus merupakan antara elemen penting dalam memastikan prinsip tadbir urus baik terus dipelihara dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.

“Proses tender serta daya saing mesti dipertahankan, dan perkara yang berkait dengan isu tata kelola, adalah cenderung dipersenda oleh sesetengah pihak,”katanya ketika berucap pada perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa.

Datuk Seri Anwar dalam pada itu turut menegaskan pengurusan pentadbiran kerajaan berlandaskan ketelusan dan prinsip tadbir urus yang baik membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksana tanpa membebankan kerajaan serta sektor awam dengan kos yang tidak diperlukan.

“Industri pembinaan juga perlu memberi perhatian kepada keseimbangan antara kepantasan pelaksanaan projek, penggunaan teknologi, kos, kualiti bahan serta pemeliharaan alam sekitar.

“Pembangunan sektor itu tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan berskala besar, sebaliknya perlu mengambil kira keperluan semasa serta kesejahteraan masyarakat,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.