fb fb fb fb fb

Tempoh masa pengundian PRU15 dipanjangkan kepada 1 jam - Wan Junaidi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Tempoh masa pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dipanjangkan selama 1 jam.

Bagi Semenanjung Malaysia, tempoh masa baharu ditetapkan bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang manakala bagi Sabah dan Sarawak, tempoh mengundi adalah antara 7.30 pagi dan 5.30 petang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata penambahan tempoh masa mengundi, memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk mengundi pada PRU15 akan datang.

Selain itu juga, beberapa penambahbaikan akan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia akan dilaksanakan bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara cekap, adil dan telus.

Antaranya, bilangan pusat dan saluran mengundi juga akan ditambah dengan mengambil kira Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik.

Lorong khas untuk pengundi berumur 60 tahun ke atas serta Orang Kelainan Upaya juga akan disediakan dan dihadkan kepada 450 pengundi.

SPR turut akan memansuhkan syarat pengundian pos sebelum ini yang dilaksanakan pada PRU14.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Muhkhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) di Dewan Rakyat.


(Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar/Fail)

Media Baharu